Tempat-tempat Menarik di Perak

Peta
Taiping adalah sebuah bandar yang terletak di utara negeri Perak, merupakan bandar kedua yang terbesar selepas Ipoh.

Zoo Taiping. Sumber: http://www.zootaiping.gov.my

Antara tempat menarik di Taiping ialah Zoo Taiping. 
Zoo Taiping terletak di Taman Tasik Taiping berhampiran dengan Kaki Bukit Larut. Kawasan Zoo yang seluas 34 ekar ini menempatkan pelbagai flora dan fauna yang menarik.Ia dibuka setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am bermula dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Perkara menarik tentang Zoo ini ialah terdapatnya Night Safari. Night Safari membolehkan para pengunjung melihat dan menghayati kehidupan liar yang aktif pada waktu malam di habitat semulajadinya. Untuk Night Safari, ia dibuka setiap malam dari 8.00 malam sehingga 11.00 malam dan pada malam Sabtu dari 8.00 malam sehingga 12.00 malam
Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping


Bukit Larut

                                                                      
Pemandangan Indah di Bukit Larut

Selain daripada itu, di Taiping juga terdapatnya sebuah pusat peranginan yang tertua di Malaysia iaitu Bukit Larut. Bukit Larut juga dikenali sebagai Maxwell Hill bersempena dengan nama Penolong Residen British di Perak iaitu William George Maxwell.

Muzium Perak
Muzium ini merupakan muzium yang tertua di Semenanjung Malaysia. Muzium ini dibina pada tahun 1883 yang berkonsepkan senibina British kuno jenis Art Dico.Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak. Muzium Perak ini kaya dengan bahan-bahan koleksi sejarah, alam semulajadi dan arkeologi  yang sebahagiannya  berusia lebih seratus tahun seperti spesimen binatang jenis benturong dan pulasan, tengkorak dan berpuluh kerangka binatang serta tembikar yang kini hampir pupus atau sukar ditemui. 










Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia, dibuka pada tahun 1880. Keluasannya kira-kira 62 hektar. Sangat indah pemandangannya, dapat memberikan ketenangan 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan