Kompleks Sejarah Pasir Salak |
Pasir Salak terletak 70 km dari bandar Ipoh, merupakan salah satu tempat bersejarah di negeri Perak. Di sini berlakunya satu peristiwa penting di mana berlakunya penentangan terhadap pemerintahan residen British iaitu J.W.W Birch oleh penduduk setempat, Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan juga Sepuntum.
Meriam Lela Rentaka |
Di sini terdapat juga meriam Lela Rentaka yang digunakan semasa penentangan dengan koloni British.
Makam Sepuntum |
Jam Matahari di hadapan Kompleks Sejarah Pasir Salak |
Sepuntum merupakan salah seorang pengikut Dato' Maharajalela yang telah membunuh J.W.W Birch. Sepuntum diiktiraf sebagai Pahlawan Melayu kerana keberaniannya menentang penjajah Inggeris. Makam Sepuntum berada di dalam tembok pagar besi.
Tugu memperingati J.W.W Birch yang terletak berhampiran masjid |
Rumah Kutai |
Di Pasir Salak juga terdapatnya 2 buah replika rumah tradisional lama negeri Perak iaitu Rumah Kutai.
Tapak di mana J.W.W Birch
dibunuh 02.11.1875
|
Tunjang utama tarikan di kompleks ini adalah Terowong Sejarah yang menempatkan 42 diorama menarik untuk dihayati. Di sini kita dapat melihat dan menghayati kronologi peristiwa yang berlaku di negeri Perak dan Malaysia.
Kompleks ini dibuka setiap hari, Isnin hingga Ahad dari 9.30 pagi hingga 5 petang, Jumaat dari 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan dari 2.45 petang hingga 5 petang.Telah dirasmikan oleh DYMM Raja Nazrin Shah pada 26 Mei 1990
Tiada ulasan:
Catat Ulasan