Tempat-tempat Menarik di Perak


Peta Pulau Pangkor

Pulau Pangkor ialah sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Pulau Pangkor memiliki pantai-pantai yang sangat indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan. Suasananya amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian  dan ketenangan.Di samping itu terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati antaranya termasuklah kesan tinggalan sejarah Kota Belanda dan batu bersurat di Teluk Gedung,Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina, Kilang Sate Ikan HAI SENG HIN, Pekan Pangkor,Teluk Segadas, Pantai Pasir Bogak, Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay) , Monkey Bay, Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah),Pasir Giam (Coral Bay),Teluk Man,Taman Lin Ji Kung,Pantai Puteri Dewi serta Pulau Pangkor Laut. Semua ini merupakan tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.Pelbagai aktiviti anda boleh buat di sini antaranya berbasikal, berkayak, memancing snorkelling,jungle trekking, berkhemah, boat trip, menikmati matahari terbenam, bermain jet ski, melawat tempat bersejarah, apatah lagi bermandi manda di pantainya yang amat memukau.


Pemandangan Menarik
di Pulau Pangkor
Snorkelling
Kota Belanda
Teluk Segadas

Replika Tembok Besar Cina
di Taman Fu Lin Kong







1 ulasan:

  1. Best nyer ...mcm langkawi jugak ker? nak pergi bercuti kat sana la..bwk anak2 ..

    BalasPadam