Tempat-tempat Menarik di Perak

Teluk Batik
Teluk Batik terletak di Daerah Manjung. Pada awalnya Teluk Batik dikenali sebagai Teluk Batak. Ini  disebabkan oleh, pada satu ketika dahulu  kaum Batak yang berasal dari Sumatera merupakan penghuni di kawasan itu.
Mereka menjadikan kawasan itu sebagai tempat perlindungan daripada serangan lanun dan perompak yang bermaharajalela di sekitar laluan Selat Melaka. Pada sekitar tahun 70-an, nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya.
Pemandangan di Teluk Batik
 yang pasti Teluk Batik merupakan salah satu tempat pelancongan yang menarik di Perak. Pantainya bersih sesuai untuk bermandi manda.Selain daripada itu terdapatnya pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan antaranya memancing, berkayak, berkhemah, banana bot, snorkelling, jungle trekking, menunggang kuda, snorkelling, berbasikal dan sebagainya. Pelbagai cenderahati yang menarik juga boleh dibeli sebagai kenang-kenangan. 


Muzium Siput
Tarikan tambahan di Teluk Batik ialah terdapatnya Muzium Siput. Seni binanya berbentuk rumah tradisional Melayu. Muzium ini menempatkan pelbagai spesies siput dan cengkerang yang terdapat di negara ini.
Dataran Hadhari Teluk Batik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan